Pengganti Yudas Iskariot Matias

(sumber: Kisah Para Rasul 1:15–26)

  • Pada hari-hari itu berdirilah Petrus di tengah-tengah ikhwan-ikhwan yang sedang berkumpul itu, kira-kira 120 orang banyaknya, lalu berkata:
  • "Hai ikhwan-ikhwan, haruslah genap nas Kitab Suci, yang disampaikan Roh Kudus dengan perantaraan Daud tentang Yudas, pemimpin orang-orang yang menangkap Yesus itu. Dahulu ia termasuk bilangan kami dan mengambil bahagian di dalam perkhidmatan ini.
  • Yudas ini telah membeli sebidang tanah dengan upah jenayahnya, lalu ia jatuh tertelungkup, dan perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya tertumpah ke luar. Hal itu diketahui oleh semua penduduk Yerusalem, sehingga tanah itu mereka sebut dalam bahasa mereka sendiri "Hakal-Dama", artinya Tanah Darah. Sebab terdapat bertulis dalam kitab Mazmur: Biarlah perkemahannya menjadi sunyi, dan biarlah tidak terdapat penghuni di dalamnya: dan: Biarlah jawatannya diambil orang lain.
  • Jadi perlu ditambahkan kepada kami seorang dari mereka yang sentiasa datang berkumpul dengan kami selama Tuhan Yesus bersama-sama dengan kami, iaitu mula dari pembaptisan Yohanes hingga hari Yesus terangkat ke sorga meninggalkan kami, untuk menjadi saksi dengan kami tentang kebangkitan-Nya."
  • Lalu mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang disebut Barsabas dan yang juga bernama Yustus, dan Matias.
  • Mereka semua berdoa dan berkata: "Ya Tuhan, Engkaulah yang mengenal hati semua orang, tunjukkanlah kiranya siapa yang Engkau pilih dari kedua orang ini, untuk menerima jawatan perkhidmatan, iaitu kerasulan yang ditinggalkan Yudas yang telah jatuh ke tempat yang wajar baginya."
  • Lalu mereka membuang undi bagi kedua orang itu dan yang kena undi ialah Matias dan dengan demikian ia ditambahkan kepada bilangan kesebelas rasul itu.